Pimpinan Berjaya Part 2

Friday, February 26, 2010




What? Apa itu program PB2 …

Program PB2 bertujuan menerangkan perkara asas dalam melaksanakan pengurusan strategik (strategic management) sesuatu organisasi. Jawapan kepada empat soalan pokok dalam melaksanakan pengurusan strategik akan diterangkan dalam satu pendekatan yang cukup mudah dan praktikal. Empat soalam pokok tersebut ialah;

Apa itu organisasi?
Dimana kedudukan organisasi?
Kemana tujuan organisasi?
Bagaimana mencapai tujuan organisasi?

Ringkasan pendekatan untuk menjawab ke empat-empat soalan di atas ialah seperti rajah dibawah;


Dengan menggunakan konsep ‘stick person’ dan ‘tahu terus buat’, sudah pasti program ini akan membawa suatu pengalaman unik, kreatif tapi mudah dalam usaha memahami tujuan program ini. Program ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya peserta telah mengikuti program PB1
.
.
Why? Kenapa perlu kepada PB2 …

Di dalam era globalisasi dimana setiap tindakan sesuatu organisasi atau pasukan itu perlu dioptimakan, kedengaran banyak rungutan daripada organisasi atau pasukan mengenai ketidakupayaan mereka fokus kepada matlamat masing-masing dan mengembeling tenaga anggota kerja ke arah mencapai matlamat tersebut.

Pengurusan strategik yang berkesan mampu menangani cabaran di atas. Namun, pada masa yang sama kelihatan ramai yang tidak memahami apa itu pengurusan strategik terutama perkara-perkara asas dalam pengurusan strategik ini.  

Atas sebab itu, PB2 bertindak sebagai pembimbing ke arah memahami konsep asas pengurusan strategik dan sudahnya melaksanakannya dalam sau pendekatan yang mudah dan praktikal. 
.
.
Kandungan PB2
.
Pengenalan - Satu Renungan

BAHAGIAN 1 : APA  ITU  ORGANISASI?

Bab 1 : Gambaran Besar Organisasi – MB3K
Bab 2 : Tumpuan Utama Organisasi
Bah 3 : Misi, Nilai, Visi & Polisi

BAHAGIAN 2 : DIMANA KEDUDUKAN ORGANISASI?

Bab 4 : Input untuk Pengurusan Strategi
  Bab 4.1 : SWOT – Situasi Masakini
  Bab 4.2 : Input Kepada SWOT
  Bab 4.3 : SWOT berdasarkan MB3K

BAHAGIAN 3 : KEMANA ARAH ORGANISASI? - MATLAMAT ORGANISASI

Bab 5 :  Perancangan Strategi
  Bab 5.1 : Strategi
  Bab 5.2 : Business Model Generation Canvas
  Bab 5.3 : Carta Organisasi


Bab 6 : Perlaksanaan Strategi
  Bab 6.1 : Kenapa Perlu Kepada Strategy Map & Balanced Scorecard
  Bab 6.2 : Strategy Map
  Bab 6.3 : Strategy Map berdasarkan kepada MB3K
  Bab 6.4 : Balanced Scorecard
  Bab 6.5 : Konsep ‘Cascading’
  Bab 6.6 : Faedah Strategy Map & Balanced Scorecard
  Bab 6.7 : Balanced Scorecard berdasarkan kepada MB3K
  Bab 6.8 : Initiative Tracker
  Bab 6.9 : Initiative Tracker berdasarkan kepada MB3K

Bab 7 : Key Performance Indicator (KPI) & Competencies

Bab 8 : Review Strategi.
  Bab 8.1 : Senggaraan, Susulan dan Pembelajaran
  Bab 8.2 : Pelan Operasi Organisasi berdasarkan MB3K

Bab 9 : Pakej Komunikasi Organisasi – Gung Ho!

Bab 10: Persembahan Kumpulan

BAHAGIAN 5 : GAMBARAN BESAR PIMPINAN BERJAYA PART 2

Bab 11: Tepuk Dada Tanya Selera
.
.
Apa yang boleh dicapai melalui PB2?

Selepas menghadiri PB2 dan melaksana susulannya, para peserta akan mampu melaksanakan perkara berikut:
1) Memahami cara paling mudah untuk merancang, melaksana, menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap pelan strategi sesuatu organisasi itu. (Bagi mereka yang memimpin).

2) Mewujudkan kefahaman dan keinginan untuk menyokong sesuatu usaha dalam organisasi itu. (Bagi mereka yang dipimpin).

3) Memberi gambaran besar kepada semua anggota kerja mngenai perkara yang penting dititikberatkan dalam sesuatu organisasi itu. Hajat ini akan lebih mudah dilaksanakan setelah anggota kerja tersebut menghadiri ADB, KUB, KB1, KB2 dan PB1.

4) Mewujudkan penjajaran dari satu unit ke satu unit yang berada dibawahnya.
.
.
Kayu Ukur PB2

Kayu Ukur berikut boleh digunakan untuk mengukur kemajuan para peserta:
.
1) Peningkatan dalam ’Customer Satisfaction Index’

2) Peningkatan dalam ’Employee Satisfaction Index’

3) Peningkatan dalam penambahbaikan terhadap proses-proses dalam ISO 9001.

4) Peningkatan dalam usaha 5S

5) Peningkatan dalam AKIPM

6) Peningkatan dalam seluruh KPI/matlamat organisasi.
.
.
Hubungi Saudara Mior Azli Mior Md Isa (019-2245-079 @ sssabasic@yahoo.com) untuk keterangan lanjut.